12 TEMPAT MAKANAN MENARIK DAN SEDAP DI KOTA BHARU





Tempat makan yang harus anda cuba bila dah sampai Kota Bharu, Kelantan. 12 tempat menarik dan sedap di Kelantan ini memang di akui ramai. Anda dah sampai boleh kunjungi kedai makan ini yang pasti anda akan berpuas hati. 


INFO LANJUT KEDAI MAKAN 


1) Kedai Makan Kopitiam Kita 



Kedai makan Kopitiam kita ini adalah tempat kegemaran admin. Pelbagai juadah Popular seceruk pelosok Negeri Kelantan ada di sini. Di sini anda boleh temui pelbagai jenis juadah sarapan pagi dari nasi berlauk dan banyak lagi.

Paling istimewa di Kedai Kopitiam Kita sudah tentu Roti Titab iaitu Roti Bakar yang dihidang dengan kaya dan telur separuh masak. Rugi jika anda tak cuba. 

  • Info                  :  Kedai Kopitiam Kita
  • Alamat / lokasi :  4357-A, Taman Desa Jaya, Jalan Pengkalan Chepa, 
  •                          15400 Kota Bharu,  Kelantan,
        •  Malaysia.
  • Waktu              : 7.00 pagi sehingga 1.30 tengahari sahaja
  • Tel                   : 019-9810888


2) Warung Pak Mat Pulau Pisang 


Warung Pak Mat Pulau Pisang turut menjadi pilihan lokasi kedai menarik dan sedap yang harus anda kunjungi. Menu istimewa di sini adalah Sup Kepala Ikan. Anda peminat tegar boleh cuba rasai kesedapan Sup Kepala Ikan. Harganya mahal sedikit tapi pada peminat setia tiada masalah jika ia berbaloi dengan harga. Selain itu Teh Tarik Madu turut jadi minuman istimewa anda. Lokasi Warung Pak Mat Pulau Pisang ini terletak di Medan Ikan Bakar Kedai Buloh menuju ke Pantai Cahaya Bulan.
  • Info       : Warung Pak Mat Pulau Pisang
  • Alamat : Warung Pak Mat Pulau Pisang, Medan Ikan Bakar Kuala Besar, 
  •                Kota Bharu, Kelantan,                          
  •                Malaysia
  • Telefon  : 013-919 8131


3) Lido Corner 


Lokasi Lido Corner ini mudah dicari. Lido Corner atau nama lain Nasi Sup Tepi Sungai, Kota Bharu terletak bersebelahan dengan Hotel Grand Riverview, Kota Bharu. Kedai makan dia nampak biasa.

Menunya juga nampak biasa tapi sekali anda cuba pasti antara tempat makan yang akan jadi pilihan anda. Berkonsepkan layan diri, Lido Corner menyediakan hanya satu menu utama iaitu nasi sup daging dengan pilihan sampingan 3 jenis lauk iaitu daging bakar , ayam bakar, sup perut, dan kari ikan. 

  • Info                   :  Lido Corner
  • Alamat/lokasi  : Jalan Post Office Lama bersebelahan Hotel Grand Riverview, Kota Bharu.
  • Waktu               : Setiap hari kecuali hari Jumaat (12.30 tengahari – 5.30 petang).


4)  Nasi Ulam Cikgu 


Menyediakan hidangan nasi putih serta lauk pauk seperti ikan bakar, ikan goreng, masak lemak dan ulam-ulaman segar yang dimakan bersama sambal atau budu.Berkonsepkan layan diri, anda pasti berpuas hati dengan menu yang disediakan dengan harga yang berbaloi.
  • Info                  :  Nasi Ulam Cikgu
  • Alamat/lokasi : Terletak di Kampung Kraftangan hanya 200 meter dari Pasar Besar                               Siti Khadijah
  • Waktu              : Setiap hari kecuali Jumaat (11.00 pagi – 5.00 petang)


5)  KST Ikan Bakar Wakaf Che Yeh



Nak makan ikan bakar anda mesti berkunjung ke KST Ikan Bakar Wakaf Che Yeh. Selain ikan bakar, pelbagai menu lain turut disediakan. Sudah tentu turut ada pelbagai ulam-ulaman, sambal beserta budu.
  • Info                   :  KST Ikan Bakar Wakaf Che Yeh
  • Alamat/lokasi  : Terletak di Wakaf Che Yeh. Berhadapan dengan CIMB Bank.
  • Waktu               : Setiap hari 4.30 petang – 1.30 pagi


6) Kedai Nasi Kukus Abe Mie 


Menyediakan hidangan nasi kukus yang berlaukkan ayam goreng berempah. Lauk yang lain juga ada.
  • Info                    : Kedai Nasi Kukus Abe Mie
  • Alamat/lokasi   : Restoran Abe Mie, Jalan Sultan Yahya Petra, 
  •                             15200 Kota Bharu, Kelantan, 
  •                              Malaysia

7) Nasi Kak Wok, Lundang 


Menu yang dihidangkan adalah nasi berlauk ayam goreng atau ayam gulai. Tetapi, yang membezakannya adalah pada rasa ayam goreng berempah dan juga rasa gulainya ditambah sambalnya yang sedap.
  • Info                  :  Nasi Kak Wok Lundang
  • Alamat/lokasi : Jalan Masjid Lundang, Kota Bahru (belakang KBMC) , terletak lebih  
  •                           kurang 200 meter dari simpang lorong selepas KBMC.
  • Waktu               : Setiap hari bermula dari jam 7.30 pagi hinggalah 5.00 petang.


8) Nasi Kukus Suriani 


Menyediakan hidangan nasi kukus dengan pelbagai jenis lauk pauk pada harga yang berpatutan.

  • Info                   :  Nasi Kukus Suriani
  • Alamat/lokasi  : Terletak hanya di sebelah Stadium Muhammad IV di jalan menuju  
  •                                Hospital Raja Perempuan Zainab II.

9) Maggie Tiram Pok Weil, Bachok


Jika anda menuju ke Bachok, boleh lah singgah di sini kerana ia terletak di luar kawasan bandar Kota Bharu. Antara kedai makan yang trending sekarang di Kelantan. Menu yang popular adalah mee segera yang dimasak bersama tiram. Juga terdapat menu lain seperti tiram segar yang dimakan bersama sos istimewa, telur dadar tiram dan nasi goreng.

  • Info                       :  Maggi Tiram Pok Weil, Bachok
  • Alamat/lokasi      :  Terletak di Tawang (menghala ke Bachok)
  • Waktu                   : Selasa hingga Khamis (11.00 pagi -12.00 tengah malam) Jumaat 
  •                                 (3.00 ptg – 12.00 tgh mlm) (Isnin tutup)

10) Alemy Meggi Ketam Cherang Ruku


Menunya simple sahaja, hanyalah maggi berkuah yang diletakkan 2 ekor ketam nipah. Jika anda melalui jalan pantai menuju ke Tok bali boleh lah singgah di sini.
  • Info                       : Alemy Meggi Ketam, Cherang Ruku
  • Alamat/lokasi      : Bangunan MDPP,Jalan Pasir Puteh, Cherang Ruku, 
  •                                 Pasir Puteh Kelantan
  • Waktu                   : Setiap hari 5.00 petang – 2.00 pagi
  • Tel                         : 012-9524657 / 019-9584657


11) Maggie Ketam Relax Cafe


Kali ini kita keluar sedikit dari bandar Kota Bharu namun ianya tidaklah sejauh mana. Lebih kurang 15 km sahaja daripada bandar Kota Bharu. Kalau daripada Kota Bharu, ia terletak di Pekan Pasir Pekan jalan menghala ke Pasir Mas.
  • Info                  :  Maggi Ketam Relax Cafe Pasir Pekan
  • Alamat/lokasi : Pasir Pekan. Jalan menghala ke Pasir Mas.


12)  KB Burger Bakar, Kota Bharu


KB Burger Bakar Kota Bharu ni terletak berhadapan dengan Ibu Pejabat JKR Kelantan. Boleh dikatakan lokasinya memang senang dijumpai. Burger bakar yang menarik dan sedap boleh anda nikmati di sini.
  • Info                  : KB Burger Bakar Kota Bharu
  • Alamat/lokasi  : Berdepan dengan Ibu Pejabat JKR Kelantan dan Kota Bharu.
Macam mana? Dah plan ke untuk berkunjung ke kedai-kedai makan yang menarik sangat di atas? Kena aturkan masa yang sesuai. Kalau boleh pagi tu bersarapan dulu di Kopitam Kita sebab kedai tu buka awal pagi.
Tengahari boleh makan di Warung Pak Mat Pulau Pisang atau Lido Corner dan lain-lain kedai pilihan anda. Pada sebelah malam pula bolehlah berkunjung ke Maggi Ketam Relax Cafe Pasir Pekan atau kedai yang seangkatan dengannya.
Kalau anda dah pernah cuba, bolehlah beri pandangan anda mengenai kedai makan tersebut menerusi ruangan komen dibawah. Boleh dijadikan panduan dan rujukan untuk rakan-rakan yang lain.

P/S :  Anda yang masih mencari penginapan Homestay yang luas dan selesa untuk keluarga kecil
          anda boleh cuba menginap di Ana Atira Studio, Wakaf Che Yeh, Kota Bharu, Kelantan

Comments

Popular posts from this blog

PROMOSI TAHUN BARU